Tuesday, 12 May 2015

AHMAD AWANG AKAN BUAT KEPUTUSAN ESOK SAMA ADA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN PAS LAWAN HADI AWANG.







Ahli veteran PAS yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Ahmad Awang akan membuat keputusan esok sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi pada pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan menentang Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu memberikan jawapan saya sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, mari kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh memberi jawapan saya, sama ada ya atau tidak, " kata Ahmad Awang.

Kena terima hakikat betapa diatas kertas, jumlah pen­calonan yang tinggi diterima TGHA bagi jawatan Presiden PAS memberi isyarat majoriti akar umbi masih mahukan golongan ulama untuk terus menerajui parti.

Pencalonan itu menunjukkan hampir mustahil untuk jatuhkan TGHA sebagai penyandang Presiden. Akar umbi tetap mahukan ulama serta pendekatan asas dalam PAS diterjaui TGHA dikekalkan.

Pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan TGHA menerima 99 pencalonan bagi jawatan Presiden manakala pencabarnya, Datuk Husam Musa serta Ahmad Awang masing-masing menerima lapan serta lima pencalonan.

Pandangan peribadi Omak Kau tanpa ada perasaan prejudis, bahawa kita kena pertimbangkan hasrat akar umbi secara semasak-masak dan mendalam sebelum membuat keputusan sepenting ini dengan mengambil kira suara akar umbi dari jumlan pencalonan diterima. Kalau kita nak bertanding sekadar nak kacau daun dan uji pasaran sahaja tak ada gunanya.

No comments:

Post a Comment