Tuesday, 12 May 2015
RUPA-RUPANYA ZAM INI SEMBANG KENCANG TETAPI HATI KECIL PENAKUT.
Ingatkan hebat sangat dengan tulisan garang macam singa lapar .. rupa-rupanya jenis tikus mondok penakut nak mampos.
Akhirnya tembelang sudah pecah apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan beliau disiasat di bawah Akta Hasutan pada 18 Januari lalu, menyatakan sebab beliau berhenti menulis tentang politik buat seketika dalam blognya.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, beliau disiasat polis berhubung posting di blog miliknya pada 6 Disember 2014 bertajuk "Hakim-hakim menunggu hasil rundingan kes liwat Anwar. Akibat negara tidak di bawah pimpinan dynamic dan inspiring."
"Saya mengambil keputusan untuk mengumumkan perkara ini hari ini kerana ramai beranggapan saya tidak berpegang kepada janji untuk tidak lagi menulis politik semasa.
"Keputusan yang saya buat itu adalah kerana tidak mahu lagi fikiran saya terganggu dengan apa-apa tekanan dan juga kerana menimbang keterbatasan kewangan saya untuk membuat pembelaan diri," kata Zam di dalam blognya zamkata.blogspot.com.
Sebelum ini, Zam cuma berkata tidak akan lagi menulis hal politik di blognya kerana kecewa dituduh mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.
"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012," katanya.
Zam berkata beliau tidak berniat mencari publisiti dengan mengumumkan siasatan polis itu, tetapi sekadar menjawab pertanyaan pelbagai pihak yang menuduhnya tidak memenuhi janji selepas aktif menulis hal politik semasa.
"Ramai kawan dan lawan bertanya kenapa saya kembali menulis hal politik semasa sedangkan saya mengumumkan untuk berhenti. Lebih ramai yang bertanya dalam keadaan sekarang apabila tulisan saya menimbulkan kontroversi politik.
"Maka itu, biarlah saya jelaskan sebabnya saya rahsiakan kira-kira 3 bulan, tidak sahaja kepada orang ramai tetapi juga kepada anak isteri, keluarga terdekat dan orang-orang yang paling rapat dengan saya," katanya.
Zam bagaimanapun berkata beliau tetap bersangka baik terhadap polis kerana hanya menjalankan tugas mereka dengan profesional dan bukan "barua" Umno seperti yang dituduh sebelum ini.
"Saya membuat kenyataan rasmi ini setelah saya yakin dari pengalaman saya sendiri, apa pun anggapan buruk terhadap Polis Diraja Malaya (Malaysia), tetapi saya menganggap PDRM seberapa daya upaya menjalankan tugas mereka dengan profesional dan bukan atas sentimen atau prejudis politik.
"Mereka bukanlah barua Umno seperti yang dituduh seorang yang takbur dan lupa daratan," katanya, dipercayai merujuk kontroversi dicetuskan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali baru-baru ini, yang mempersoalkan samada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan "barua" Umno.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment