Sunday, 24 May 2015

Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?

Rata-rata orang mengenali 'sniper' sebagai penembak hendap yang berperanan dalam situasi peperangan.

Sniper

Tahukah anda sejarah membuktikan peranan sniper dimulakan oleh Leonardo Da Vinci.

Sekitar 1498, semasa dalam perang Siege of Florence, Leonardo Da Vinci memperkenalkan sejenis senapang ciptaannya yang mampu menembal dengan tepat sehingga jarak 200 meter.

Revolusi penciptaan senjata penembak tepat kemudiannya dimajukan oleh Bartholomew Girandoni dengan penciptaan senapang angin yang senyap dan tepat.

Semasa pasca perang Perancis-Austria (1796-1797), tentera Napoleon Bonaparte telah diserang menggunakan senjata ini.

Battle_of_Waterloo_1815
Perang Waterloo 1815.

Keadaan itu telah menyebabkan Napoleon terpaksa mengeluarkan arahan supaya membunuh sesiapa saja yang ditangkap bersama senapang angin tersebut.

Sehingga hari ini, ramai pembuat senjata mengakui senapang angin ciptaan Bartholomew Girandoni merupakan sesuatu yang terhebat di dunia.

No comments:

Post a Comment