Monday, 25 May 2015

Kisah Insan Yang Dihina Seekor Anjing

Suatu hari, Abu Yazid sedang berjalan di suatu lorong, maka datanglah seekor anjing. Beliau menarik sedikit pakaiannya agar tidak tersinggung oleh anjing itu.

Gambar hiasan

Anjing itu pun berkata-kata dalam bahasa manusia: "Jika aku kering, sia-sia menyinggung aku. Jika aku basah, tuan boleh cuci pakaian itu dengan air. Tapi benci yang ada dalam hatimu terhadapku tidak dapat dibasuh dengan tujuh batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh!".

Abu Yazid berkata kepada anjing itu: "Engkau sangat bijak, marilah tinggal bersamaku!".

Anjing itu pula menjawab: "Tidak. Kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh dunia! Aku tidak menyimpan makanan untuk esok, tapi tuan menyimpan makanan untuk setahun.

Abu Yazid termenung mendengar kehebatan anjing itu berkata-kata.

"Sekiranya aku tidak layak tinggal dengan anjing, bagaimana aku hendak hampir dengan Tuhan dan duduk di majlis-Nya?", fikir Yazid lantas menadah tangan bersyukur mendapat pengajaran selepas dihina oleh anjing itu.

No comments:

Post a Comment