Tuesday, 12 May 2015
RUPA-RUPANYA MAHATHIR BUKAN PERGI MENGERJAKAN UMRAH SEBALIKNYA KE KUWAIT HADIR SUATU FORUM SEBAGAI PEMBICARA UTAMA????.
Aduhhh!!!! Mati-mati ingat Tun Dr Mahathir Mohamed menggunakan jet peribadi mau mengerjakan umrah sebaliknya dijemput sebagai tetamu VVIP ke Kuwait dalam suatu forum bertajuk " LEADING ORGANIZATIONS IN A CHAOTIC ENVIRONMENT" " Distict Practices, Sucess Stories" mulai 1 hb Mei hingga 12 Mei 2015 anjuran Gulf Leaders Summit dimana beliau adalah pembicara utama.
Kalau diikutkan kepada tajuk forum memang layak amat pun Tun Mahathir menjadi pembicara utama sebab pakar membuat suasana politik tanah air menjadi huru-hara.
Jadi cerita mengerjakan umrah adalah rekaan semata-mata sehingga ZAM bekas Ketua Pengarang Utusan jemput rakyat sama-sama berdoa dengan Tun Mahathir semasa berada di Makkah mengerjakan umrah agar Najib turun dari kerusi Perdana Menteri. Seolah-olah digambarkan Tun Mahathir ke Makkah semata nak berdoa depan Kaabah agar Najib lembut hati nak letak jawatan.
Teruk juga perangai dan sikap serta hati yang dimiliki oleh seorang mantan Menteri Penerangan ini .. langsung tidak terang hatinya .. mungkin sudah terlalu lama mengemudi Utusan kot maka peel buruk itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment