Tuesday, 12 May 2015

KATA-KATA SIDIRAN TAJAM LAGI PEDAS TETAPI TEGAS DAN JELAS NAJIB TUJUKAN KEPADA PARA PENGKRITIKNYA TERUTAMANYA TUN MAHATHIR??????





"Saya sedar akan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan ke arah
kepimpinan kini. Mandat yang diberikan kepada saya adalah melalui proses
demokrasi dan ditentukan oleh rakyat serta anggota UMNO seluruh negara.
Setiap pemimpin menghadapi cabaran berbeza, tidak terkecuali saya. Saya
tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan. At the end of the day, this
struggle is not about me, it is for the nation."


Suatu kata-kata sindiran pedas tetapi jelas dan tegas pada fikiran Omak Kau ditujukan kepada Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya sejak kebelakangan ini cukup nyaring berkokok desak Najib letak jawatan.

JIKA DIFIKIR SECARA MIKRO DAN IKUT HUKUM AKAL LOGIK APA YANG DIPERKATAKAN OLEH NAJIB INI MEMANG BENAR, BAHAWA DIRINYA SEBAGAI PERDANA MENTERI DITENTUKAN OLEH RAKYAT SEMASA PILIHARAYA UMUM DAN AHLI PARTI UMNO SEMASA PEMILIHAN PARTI.

Jadi dua kelompok inilah yang berkuasa untuk menentukan kedudukkannya sebagai Perdana Menteri .. sesiapa boleh buat desakan termasuk Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya tetapi akhirnya yang mempunyai kuasa untuk melakukan sedemikian ialah rakyat dan ahli parti UMNO.


Nampaknya hasrat dan niat Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya terpaksa gigit jari kerana Omak Kau amat yakin dan percaya Najib Razak tidak akan tunduk dengan asakan dan desakan dari mereka.

Setakat ini dari sesi perjumpaan dan turun padang Najib Razak dengan ahli-ahli dan para penyokong dan pendokong UMNO masih memihak kepada dirinya.

Tidak nampak lagi akan ada suatu gelombang besar dari ahli-ahli dan penyokong UMNO menolak Najib ... cerita Najib letak jawatan ini lebih kepada kata-kata seperti anjing menyalak bukit jer walaupun sembangnya amat kencang sehingga boleh mengoncang Gunung Kinabalu.

No comments:

Post a Comment