Thursday, 14 May 2015
TIDAK MAMPU DEBAT SECARA ILMIAH MAKA PENGAWAL KESELAMATAN TERPAKSA HULURKAN BANTUAN HENTIKAN UCAPAN RAFIZI RAMLI DENGAN CARA BIADAP?????.
Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar
suara dari Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap membalas ucapan yang terdahulu disampaikan oleh bekas Exco Pemuda UMNO merangkap Ahli Pemikir JASA Sdr Lokman Noor Adam.
Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA
Rafizi dan Lokman Adam diundang berucap dalam majlis itu sebagai ahli panel.
Selepas tindakan itu, mahasiswa mengebu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.
Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.
“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.
Seramai 300 orang menghadiri acara itu.
Mengapa pihak keselamatan hanya bertindak mencampuri dengan pelakuan kasar merampas mikrofon ketika Rafizi sedang berucap????
Mengapa sebelum ini ketika Sdr Lokman Noor Adam berucap langsung tiada gangguan????
Adakah merasakan jawapan balas dari YB Rafizi Ramli akan membuat ucapan terdahulu Lokman Adam dianggap sebagai lawak kartun yang cuba nak memperlekeh kebijaksanaan warga kampus berfikir dan menilai???
Dimana laungan yang mengatakan perbezaan pendapat dan kepelbagaian diraikan dan diberi penghormatan????
Jika dipihak yang benar mengapa perlu rasa gentar sampai terketar kepala lutut sehingga pengawal keselamatan bertindak kasar biadap merampas mikrofon????
Kalau Ahmad Maslan berjawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ketua Penerangan UMNO Pusat pun gagal nak yakinkan warga siswa UiTM inikan pula individu bertaraf seperti Lokman Noor Adam yang tiada langsung ada jawatan dalam UMNO dan kerajaan sekadar Ahli Pemikir JASA.
Jika budaya dan cara begini menjadi amalan untuk sekat perdebatan sihat dikalangan warga IPTA/S maka jangan hairan jika kelompok terpelajar dan berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN pada PRU 14 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment