Thursday, 14 May 2015

PERINTAH PENGHUKUMAN MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN ISYTIHARKAN ADUN LENGGENG WARGA BANKRAP.







Jatuh hukum 18hb Mac 2015 lalu .. kira-kira dua bulan .. mengapa pihak DUN Negeri Sembilan tidak maklumkan kepada SPR?????

Kini sudah mula kedengaran diakar umbi Dato' Ishak Ismail dipanggil Sahak Bankrap.

Kerajaan negeri bersedia dengan apa jua keputusan terhadap rayuan Adun Lenggeng, Datuk Ishak Ismail yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Ishak sudahpun mengemukakan rayuan berhubung perkara tersebut.

“Kita tunggu sehingga rayuan didengar dan apa saja keputusan, kita terima.

“Setakat ini, kita tidak buat apa-apa sebab rayuan sudah difailkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kemungkinan akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dun Lenggeng berikutan pengisytiharan bankrap terhadap Ishak.

Ishak, 64, diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah dia gagal untuk membayar pinjaman kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi.

Seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan apabila diisytiharkan muflis.

Sementara itu, Ishak ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Menurutnya, perintah mahkamah itu diterimanya 27 April lalu.

“Peguam saya telah menghantar permohonan untuk mengenepikan keputusan tersebut dan ia akan didengar di Mahkamah Tinggi pada Khamis,” katanya.

No comments:

Post a Comment