Thursday, 14 May 2015
ISU TAMBAH NILAI TELEFON PRABAYAR .... APAKAH PENGUMUMAN AHMAD SHABERY CHEEK SEMALAM MEMBUATKAN RAKYAT RASA TERTIPU?????
Apakah Putrajaya menipu rakyat apabila mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% ke atas perkhidmatan telefon prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan?????
Pengumuman Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar.
Pengumuman tersebut dilihat semacam menipu kerana pengguna tidak lagi menerima masa bercakap selama RM10 untuk setiap pembelian sebanyak RM10, sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 sen nilai perkhidmatan untuk setiap RM10 yang dibayar.
Jika begini memang jelas tiada bezanya dengan kenaikan harga kontroversi prabayar mudah alih oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April apabila pengguna terpaksa membayar RM10.60 untuk masa bercakap sebanyak RM10.
Semua syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini menyediakan masa berbual sebanyak RM10 dengan setiap pembelian isian semula sebanyak RM10, dengan menyerap cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Namun kini, tindakan mengenakan GST ke atas penggunaan bererti telco ini sebenarnya menaikkan harga isian semula dengan memberikan masa berbual sebanyak RM9.43 sahaja bagi setiap isian semula sebanyak RM10.
Oleh itu dengan menggunakan peralihan daripada cukai perkhidmatan 6% kepada GST 6% sebagai silap mata, menteri sebenarnya bersubahat dengan syarikat telekomunikasi dalam kenaikan seragam sebanyak 6%.
Perkara ini, jika dilihat secara mikro, menyalahi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, apabila telco sebenarnya mengambil kesempatan menaikkan harga mereka sempena GST, kerana dengan kenaikan harga ini, telco yang mengaut pulangan lebih RM12.8 bilion tahun lepas dijangka akan menambah pulangan mereka lagi.
Apakah kerajaan BN ingin membantu syarikat yang untung besar ini untuk mengaut untung tambahan sebanyak RM770 juta?????
Di samping itu, ia juga menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kenaikan itu dibuat serentak dan bersifat anti-persaingan.
Kabinet semalam bersetuju kadar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.
Shabery juga mengumumkan kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.
Katanya, pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuat kuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.
Perlunya rakyat diberikan penjelasan yang lebih jelas, telus dan menyakinkan agar rakyat tidak rasa tertipu, teraniaya dan didera dengan asakan GST.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment