Tuesday, 16 June 2015

Roti inti Cicak dalam penerbangan Air India.... Eeiiiuuwww!!!



Amboi sakan cicak ni, fly naik kapal terbang sembunyi dalam roti haha! Ntah macam mana seekor cicak boleh ada dalam bungkusan makan yang disediakan untuk penumpang syarikat penerbangan Air India.

Serius insiden ini benar-benar memalukan.. Air muka syarikat tersebut juga tercalar selepas gambar cicak yang berada dalam bungkusan roti tersebut tersebar dan menjadi viral.

Fuhhh nasib baik tak makan lagi kalau tidak yekkkkss menjijikkan! Tak tahu la macam mana cicik tu boleh masuk dalam bungkusan tu, dan tak pasti sama ada masih hidup atau dah mati. Kejadian tersebut berlaku dalam penerbangan dari Delhi ke London pada Khamis lalu.

“Kami menyiasat bagaimana ia berada dalam makanan itu, termasuk menyoal pembekal dan jabatan terbabit,” kata jurucakap Air India Praveen Bhatnagar.

Dah la syarikat tu tak pernah mencapai keuntungan sejak 2007, lepas tu berdepan pulak dengan perkara-perkara yang aneh sejak kebelakangan ni, hmmm nasib la




utaranews

Tetak anak kerana tak nak makan sayur.





Sayur-sayur….ni kes sangat serius. Gara-gara tak nak makan sayur seorang ibu sanggup tetak anak nya sampai mati.

Kesian budak tu, kejadian ni terjadi dekat Tanjung Muning di Muara Enim. Mangsa Eman Wijaya, 12 tahun ketika tu tengah makan bersama ibu nya Lisma, 53 tahun.

Lisma ni suruh dan paksa anak makan sayur tapi anak dia degil tak nak makan juga. Apa lagi naik hantu la si Lisma ni. Si Lisma ni terus ambil parang dan tetak anak nya sampai mati. Kejam nya. Hantu apa yang rasuk dia tu.

Ketua polis Muara Enim, Nuryanto, berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala, leher dan bahu.

Hai si Lisma tak menyesal ka bunuh anak hanya kerana SAYUR. Budak-budak biasa la tak makan sayur. MissHana pun jenis bukan gemar makan sayur bila dah besar baru la suka makan. Dah hilang akal gamaknya ye ibu tu.



utaranews

BANG NON KECUT TELUR DENGAN MEDIA ASING!!!



Huh! Memang tak boleh pakai lansung Si Ketua Penipu tu. Nampak sangat yang dia ni sebenarnya memang ada niat jahat terhadap Kerajaan Malaysia.

Kalau sebelum ini, cubaan untuk membersihkan nama dia dalam laporan media antarabangsa ialah dengan cara menyaman Utusan serta TV3.

Tapi, dengan media luar macam Inquirer News milik Kerajaan Filipina tu dia sekadar nak bagi penjelasan je. Kononnya dia dakwa, media Malaysia tak bagi dia ruang penjelasan.
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah diberi peluang untuk membuat penjelasan bagi membersihkan namanya oleh media Filipina berhubung laporan media negara berkenaan yang mendakwa sumber risikan Filipina yang mengaitkan seorang pemimpin Sabah yang rapat dengannya berjumpa dengan Sultan Sulu.
Anwar berkata, Philippine Inquirer telah menghubunginya pagi tadi untuk membolehkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran penafiannya semalam berkenaan penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan di Sabah.

“Saya telah dihubungi Philippine Inquirer pagi tadi untuk memberikan penjelasan melalui radio secara langsung dan akhbar mereka.
“Sepatutnya pagi tadi ... tapi saya menolak kerana sibuk atas urusan lain,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini.
Nah! Kenapa pulak dia tak saman je media Filipina tu sedangkan Utusan serta TV3 hanya memetik laporan yang mereka siarkan sebelum ini?

Kan nampak sangat Si Ketua Penipu tu ada niat jahat. Dan, yang paling kita hairan, kenapa hanya Utusan dan TV3 je menjadi sasaran Si Ketua Penipu tu?

Sedangkan, dalam masa yang sama, media - media lain dalam Malaysia pun turut memetik perkara yang sama. Sebagai contoh Malaysian Insider dan Astro Awani.

Kenapa media - media seperti itu tidak pulak dikenakan sebarang tindakan yang sama macam Utusan serta TV3? Kan pelik tu.

Andai kata Si Ketua Penipu tu anggap bahawa penyiaran berita oleh kedua - dua media tersebut lebih terbuka, kenapa dia tak panggil diorang je buat penjelasan?

Nak! Sekali lagi Si Ketua Penipu tu kantoi dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan. Taktik dia sekadar nak memburuk - burukkan media arus perdana pilihan rakyat. Itu pun dia masih nak jugak bagi alasan yang bukan - bukan ke!!! - seterusnya...



semuthitam80

Sukan Sea 2015: Pakaian Gymnas Malaysia Dikecam Kerana Terlalu Menjolok Mata


Sukan Sea 2015: Pakaian Gymnas Malaysia Dikecam Kerana Terlalu Menjolok Mata
Antara pingat emas untuk negara dan penampilan di gelanggang, sesetengah peminat nampaknya lebih tertumpu memperkatakan mengenai pakaian digunakan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Farah memenangi pingat emas ketiga skuad gimnastik pada Rabu melalui kategori rutin lantai di Sukan SEA 2015 di Singapura.

Namun ketika imejnya muncul di laman sesawang Twitter, kecaman mula mencurah masuk.

Pakaian gimnastik berwarna biru tua dan hitam yang digunakan Farah, 21, semasa memenangi rutin senaman lantai mengundang pelbagai respon.

Di mata sesetengah pihak penampilan Faran Ann begitu mencolok mata atau kurang sopan.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna Twitter yang menyelar tindakan pihak yang mengecam Farah, dengan mengatakan bahawa tindakan yang mengutuk pakaiannya sebagai “menyedihkan” (pathetic).

Antaranya, ‏@PhoebeShafinaz menulis: People, can you please acknowledge how talented and awesome Farah Ann is. She’s like one of the best gymnasts I’ve seen so far. I’m amazed.

Habis gymnast kena pakai jubah dengan tudung? Like that baru puas hati?
— SARAHCASM (@CawahGwace) June 12, 2015

@CawahGwace pula berpendapat: Why orang Malaysia ni mcm orang tak betul dah. Farah Ann won medals for our country and kutuk dia sebab dia tak tutup aurat?

Bagi @rosezaaa pula mempertikaikan: Farah Ann won a medal for Malaysia and the people are more interested to talk about her clothing.

@destiny_107: Farah Ann won M’sia a gold medal and all people are talking about is the way she dressed. I’m sorry, that’s fucking pathetic.

@faliqfahmie: You can say she’s a gold medallist but for me, she’s a gold medal herself.

FARAH ANN ABDUL HADI: PENGKRITIK UMPAMA TIN KOSONG


SINGAPURA: Selepas dikecam hebat pengguna media sosial susulan pakaian seksi, atlet gimnas negara Farah Ann Abdul Hamid akhirnya bersuara dengan menyifatkan mereka yang mengkritiknya umpama tin kosong yang hanya tahu membuat bising.

Farah Ann membalas kritikan itu menerusi twitter miliknya @farahannhadi yang berbunyi “Empty cans make the most noise,” yang dimuatnaik semalam, kira-kira pukul 6.58 petang.


farah ann

Beliau dikecam ramai selepas Farah Ann memuat naik gambar dirinya menerusi laman Facebook rasmi Buletin TV3pada Rabu lalu.
Foto tersebut menunjukkan aksi spontan gimnas Malaysia itu meraikan kegembiraan selepas berjaya meraih pingat emas baru-baru ini dalam salah satu acara gimnastik pada Sukan SEA 2015 yang berlangsung di Singapura.
Bagaimanapun gambar itu menerima kecaman ramai yang mempertikaikan penampilan seksi Farah Ann yang dikatakan mendedahkan susuk tubuh.
kj
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mempertahankan Farah Ann meminta pengkritik supaya tidak menganggu atlet gimnas berkenaan.
“Dalam gimnastik, Farah telah memukau hakim dan membawa pulang emas. Dalam perbuatannya hanya Yang Maha Esa mengadilinya. Bukan Anda. Biarkan atlet kita sendirian,” katanya dalam twitter miliknya.
Sementara aktivis Datin Marina Mahathir turut mengkritik mereka yang membawa isu mengenai penampilan gimnastik dengan bertanyakan soalan, apa yang telah mereka lakukan untuk Malaysia.


babab



Punca Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri


             
Punca Lelaki Ini Nekad Bunuh Diri | Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia lewat 30-an maut selepas terjun daripada perancah projek Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Jalan Tunku Abdul Halim, di sini, kira-kira 11 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, terdahulu mangsa yang memandu kereta terbabit kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kenderaan sebelum kedua-dua pemandu keluar daripada kenderaan masing-masing untuk berbincang.

Zainuddin berkata, hasil keterangan pemandu kereta yang terbabit kemalangan dengan mangsa memberitahu lelaki berkenaan secara tiba-tiba memanjat besi perancah MRT dan melompat dari ketinggian empat tingkat sebelum maut di tempat kejadian.

“Mayat kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan, lapor Harian Metro.


babab



Gambar Yang Di Muat Naik Oleh Adik Puteri Balqis Menerima Kecaman



Sudah namanya artis tidak kiralah walau dia masih kanak-kanak sekalipun, gerak-geri dan tingkah laku pelakon cilik Puteri Balqis atau Aqish sentiasa menjadi perhatian ramai. Tidak kurang, setiap kali Pelakon Wanita Terbaik Asia pada Asian Television Awards 2014 ini memuat naik gambar juga berkongsikan perkembangan terbaru menerusi laman Instagram miliknya @rockingbalqis, pasti akan mendapat ribuan 'like' daripada peminat.

Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon berusia tujuh tahun ini dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol 'Rock' ataupun simbol 'I Love You'....

Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan aksi Aqish apabila mendakwa ia adalah simbol Yahudi. Tidak cukup dengan itu, ada juga pengikut yang menegur supaya Aqish menutup aurat atau lebih tepat memakai pakaian yang sopan dan bertudung yang sudah tentu menampilkan gaya lebih manis. Begitupun ada peminat berpendapat Aqish masih kecil dan selama ini tidak ada salahnya dengan pemakaian aktres cilik berbakat besar ini.


babab

No comments:

Post a Comment