KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia untuk berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia yang berkaitan berhubung laporan sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia ditenggelamkan pihak berkuasa republik itu kerana menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia semalam.
“Walaupun mengakui tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa republik itu adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Indonesia, Kementerian Luar Malaysia berharap pihak berkuasa Indonesia akan bertindak dengan hati yang tulus ikhlas di samping memastikan kesejahteraan nelayan dalam menangani kejadian seperti ini pada masa akan datang,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Kementerian Luar juga menegaskan, pihak berkuasa yang berkaitan sentiasa mengingatkan masyarakat nelayan untuk memastikan aktiviti menangkap ikan dijalankan di perairan Malaysia dan mengikut undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
Sebuah kapal nelayan yang mengibarkan bendera Malaysia dilapor ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia semalam selepas didapati bersalah oleh Pengadilan Negeri Medan kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan republik itu iaitu di luar pantai Pulau Pandang, Sumatera Utara. – Bernama
Pemain Ragbi Malaysia Dibelasah Diatas Padang
Dalam aksi itu, Malaysia muncul juara biarpun masih berbaki dua minit sebelum tamat dengan keputusan 19-11.
Tindakan ganas pemain Algeria itu disebabkan rasa tidak puas hati ekoran beberapa keputusan pengadil yang didakwa mereka menyebelahi pasukan tuan rumah.
Bukan sahaja pemain negara dibelasah malah penyokong dan tempat pentas utama VIP turut diserang pemain lawan.
Susulan insiden berdarah itu, dua pemain negara iaitu Mohd Razmi Rozan patah jari tangan kiri manakala Abu Hurairah Tahir patah gigi.
Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau dan kini siasatan lanjut sedang diambil pihak berkuasa.
orangmuda
Sepasang Tangan Misteri Dirakam Di Gunung Kinabalu Selepas Gempa
PETALING JAYA: Sepasang tangan misteri dikesan muncul pada dua gambar berasingan yang diambil tidak lama selepas berlakunya gempa bumi sekuat 5.9 skala ritcher di Sabah Jumaat lalu.
Gambar asal yang dirakam di Taman Kinabalu itu dikongsi oleh Naib Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Samasuddin Yusop yang turut berada di dalam gambar berkenaan.
“Ramai yang bertanya tentang gambar itu, tetapi kami menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada milik ‘makhluk’ lain atau kesilapan kamera,” kata bekas Ketua Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.
Gambar yang kini menjadi viral di laman sosial itu dikatakan telah dirakam dua gajet berasingan iaitu telefon bimbit dan kamera jenis Nikon.
Ketika gambar itu dirakam oleh telefon bimbit, terdapat sepasang tangan muncul di bahagian poket seluar lelaki yang dikenali sebagai Misbahuddin Rida, manakala gambar yang dirakam oleh kamera pula hanya kelihatan sebelah tangan, dalam kedudukan yang sedikit berubah.
Kumpulan PKB tersebut dilaporkan melawat Gunung Kinabalu pada Selasa untuk menyampaikan sumbangan kepada malim gunung dan anggota polis yang terjejas akibat gempa berkenaan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada malim gunung Mohd Rizuan Kauhinin yang menjadi wira apabila menyelamat seorang kanak-kanak lelaki yang cedera semasa menuruni gunung selepas berlaku gempa.
Gambar malim gunung berkenaan kemudian menjadi viral di laman sosial di dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.
Menurut Samasuddin, imej yang dirakam daripada telefon bimbit kelihatan lebih menyeramkan daripada yang diambil menggunakan kamera.
“Sehari selepas gambar diambil, ahli kumpulan kami telah memeriksa semula imej itu dan kami semua terkejut melihatnya,” ceritanya.
Bagaimanapun, Samasuddin tidak bimbang dengan kemunculan tangan berkenaan kerana mereka mempunyai niat yang baik ketika berkunjung ke Gunung Kinabalu.
Samasuddin sebaliknya menganggap ia sebagai kejadian aneh yang memberi pengajaran baru kepada mereka.
Dia memberitahu, pelbagai upacara keagamaan masih dilakukan oleh masyarakat setempat disamping pelbagai pihak berkuasa sedang berusaha melakukan operasi mencari dan menyelamat.
“Kami hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam, dan bagi bukan Islam, kami berdoa agar mereka bersemadi dengan aman,” katanya.
Dalam pada itu, Misbahuddin tidak memandang serius terhadap kemunculan tangan di poket seluarnya.
“Pada mulanya, saya bimbang dengan kemunculannya, tapi tak apa… ia perkara normal.
“Saya memikirkan ia tangan kanan saya, tetapi merasa pelik kerana kedudukan tangan saya ketika itu adalah lurus dan agak susah untuk melakukan demikian,” jelasnya.
Walaupun tidak ingat akan keadaan sebenar tangannya semasa gambar diambil tetapi Misbahuddin yakin bahawa ia bukan anggota badan miliknya.
“Tangan itu agak gelap dan kukunya seperti telah mati. Saya juga agak gelap tetapi tangan kanan saya tidak segelap yang muncul, malah ketika itu saya memakai baju lengan panjang, tetapi tidak kelihatan baju itu,” ceritanya.-Mstar
.orangmuda
Pelancong Bogel Dihantar Keluar Sabah
KOTA KINABALU: Empat pelancong asing termasuk dua wanita yang berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, meninggalkan Sabah hari ini.
Difahamkan, mereka akan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.
Mereka diiringi beberapa pegawai Jabatan Imigresen Sabah di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi.
EMPAT pelancong asing termasuk dua wanita yang berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk meninggalkan Sabah hari ini. – Foto NSTP
Semalam, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari berkuat kuasa daripada tarikh ditahan pada 9 Jun serta denda RM5,000 terhadap keempat-empat pelancong terbabit kerana berkelakuan tidak senonoh di Gunung Kinabalu.
Empat pelancong berkenaan membayar denda semalam dan mereka diusir dari Sabah hari ini. -BH.
orangmuda
‘Panggil syaitan’ kegilaan terbaru internet?
SUATU cabaran baharu yang dikenali sebagai ‘Charlie Charlie Challenge’ yang viral di laman mikro Twitter pada akhir minggu lalu menyaksikan ramai pelayar teruja untuk mencubanya.
Menurut Mirror, dua batang pensel dan kertas yang ditulis dengan ‘ya’ dan ‘tidak’ diperlukan untuk memanggil syaitan yang dikenali sebagai ‘Charlie’.
Cabaran tersebut yang hampir menyerupai pemujaan menggunakan papan permainan Ouija dikatakan menakutkan beratus-ratus pelayar yang bertindak merakam aksi mereka ‘memanggil syaitan’.
Beberapa gangguan seperti jeritan dan bisikan halus, cermin pecah dikatakan mengganggu mereka yang mencuba cabaran ini.
Bagaimanapun, cabaran ini dianggap palsu dan hanya wujud untuk menakutkan pelayar-pelayar laman sosial.
Menurut seorang pakar paranormal, Neil Dagnall berkata, ‘memanggil syaitan’ bukan satu perkara baharu.
“Ianya pelik, dan bukan jenis pemujaan yang saya pernah ketahui. Ia variasi dari pemujaan menggunakan papan Ouija,” jelasnya.
“Pelayar saksikan perkara ini berlaku di internet, dan mereka mahukan sesuatu terjadi.
“Bila kita mahu ia terjadi, kita mula mengaitkan perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan pemujaan tersebut,” katanya yang berasal dari Manchester Metropolitan University.
Menurutnya lagi, Charlie Charlie Challenge hanyalah ‘mainan akal’.
“Cabaran ini menjadi popular kerana media sosial,” akhiri beliau.-SH.
Lelaki Rogol Ibu Kandung Dihukum 20 Tahun Penjara Dan 16 Sebatan
KUCHING: Tertuduh Roy Rajig, 28, hanya menundukkan kepalanya apabila Mahkamah Sesyen Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 16 sebatan terhadapnya di atas jenayah merogol ibu kandungnya pada 19 Februari lalu.
Hakim Amernudin Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut Roy, seorang penganggur, yang mengaku bersalah di atas dua pertuduhan rogol yang dibacakan di hadapannya.
Terdahulu, Amerudin menyatakan, jenayah tersebut di putuskan mengikut Seksyen 376B(1) kerana merogol ibu kandung sendiri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.
Roy dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut di kediamannya di Batu 24, Jalan Kuching-Serian antara jam 1.10 pagi hingga 1.20 pagi 19 Februari lalu.
Menurut fakta kes, tertuduh bertindak merogol ibunya ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum kejadian keji berkenaan disedari adiknya yang berada di bilik bersebelahan.
Roy cuba menghalang ibunya dari menjerit dengan menutup mulut mangsa menggunakan bantal.
Adik Roy yang terdengar jeritan suara ibunya terus pergi ke bilik terkejut melihat abangnya merogol ibu mereka yang berusia dalam lingkungan 50-an kemudiannya bertindak menumbuk tertuduh yang ketika itu masih berada di atas badan mangsa.
sarawakiana
PAS MEROYAN HILANG JAWATAN
Padan muka kaum PAS. Dulu agung agungkan sangat DAP tu. Tahalul Siyasi konon. Sekarang dah kena terajang hahahaha.
Kerajaan Pulau Pinang bukan milik DAP semata-mata sehingga boleh sewenang-wenangnya memecat wakil Pas dalam jawatan-jawatan kerajaan di negeri itu.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, pemecatan wakil Pas dalam kerajaan negeri itu adalah satu tindakan yang tidak sabar dan gopoh.
“Pas belum pun menganggap pakatan pembangkang berkubur. Mereka tidak sabar. Kerajaan Pulau Pinang bukan kerajaan DAP semata-mata tetapi kerajaan pakatan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas isu Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd. Fadzil Kemi yang mengesahkan menerima surat pemecatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut Mohd. Fadzil, surat pemecatan itu diterimanya Jumaat lalu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan pemecatan itu, sebaliknya menegaskan supaya menunggu penjelasan daripada peguam.
Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus memaklumkan, Mohd. Fadzil yang merupakan pegawai gred S41 sudah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lalu.
Menurut beliau, notis pemberhentian perkhidmatan itu dihantar menerusi tangan dengan bayaran sebulan gaji menggantikan notis selaras dengan Fasal 9 perjanjian kontrak bagi jawatan berkenaan.
Tambahnya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lalu, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.
malaysiaheaven
No comments:
Post a Comment