Tuesday, 12 May 2015

TANAH 1MDB YANG DIBELI TABUNG HAJI AKAN DI JUAL KEPADA ORANG BUKAN ISLAM??????




"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam"

Apakah maksud Azeez Rahim bahawa tanah tersebut bakal terlepas ketangan orang bukan Islam ke????

Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan menjual semula satu plot
tanah di Tun Razak Exchange (TRX)‎ yang dibeli daripada 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) bernilai RM188.5 juta sebelum ini.



Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim Abdul Rahim berkata,
keputusan itu dipersetujui oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah TH setelah
mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
pagi tadi.



"Pada mesyuarat malam tadi semua Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk
mempertahankan tanah ini. Namun, pagi ini Perdana Menteri membuat
panggilan telefon dan menasihatkan supaya menjual tanah ini bagi
mengelakkan TH terus difitnah.



"Maka, Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat sekali lagi pagi ini dan bersetuju untuk menjual tanah tersebut.



"Keputusan ini juga dibuat demi menjaga sentimen pendeposit TH yang
risau dengan wang simpanan mereka sejak isu ini dibangkitkan sejak dua
hari lalu," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment