Monday, 18 May 2015
LELAKI KANTOI GUNA KERETA MERCEDES BENZ KEPUNYAAN RAKANNYA SEMATA-MATA NAK MENCURI KASUT DIMASJID.
Seorang lelaki sanggup meminjam kenderaan
rakannya bagi tempoh dua jam semata-mata untuk mencuri kasut di Masjid
Wilayah Persekutuan di sini, dalam kejadian Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata suspek ditahan oleh
pengawal keselamatan ketika sedang 'asyik' mencuri kasut di masjid
berkenaan kira-kira pukul 11.25 pagi.
"Hasil pemeriksaan di dalam bonet kereta jenis MercedesBenz yang
dipinjam suspek menemui sebanyak 13 pasang kasut pelbagai jenis dan saiz
dipercayai dicuri dari tempat letak kasut masjid berkenaan," katanya
dalam sidang media di ibunegara hari ini.
Munusamy berkata suspek berusia 38 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur
itu bekerja di sebuah syarikat swasta dan polis masih menjalankan
siasatan sama ada suspek pernah melakukan kegiatan sama sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment