Tuesday, 12 May 2015
KINI GILIRAN PENGERUSI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN SENDIRI KANTOIKAN AZEEZ RAHIM BETAPA URUSAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN DALAM MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengakui urusan pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa.
Menurutnya, penerangan mengenai urusan pembelian tanah di TRX itu dijelaskan menerusi kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Pengerusi Panel Syariah Tabung Haji bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa ketika sidang
Beliau berkata demikian dengan mengulas dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata Majlis Fatwa tidak pernah membincangkan tentang pembelian 1.56 ekar tanah milik syarikat 1MDB.
“Memang betul kata Asri, saya tidak pernah timbulkan hal itu dalam Majlis Fatwa… saya tidak nafikan perkara itu.
“Ketika itu saya bercakap sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH bukan sebagai Pengerusi Majlis Fatwa, jadi mungkin orang salah faham, termasuk Asri,” katanya.
Terdahulu Dr Abdul Shukor ketika sidang media bersama Lembaga Pengarah TH berkata urusan jual beli tanah yang dibeli daripada 1MDB adalah sah dan mengikut syariah.
Namun Dr Mohd Asri semalam mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan memuat naik sekeping foto surat khabar.
“Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.
“Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini,” tulisnya di laman Facebook.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment