Tuesday, 12 May 2015

BIAR FAKTA BERBICARA ... ANTARA ZAMAN TUN MAHATHIR JADI PM DENGAN NAJIB SIAPA MEMPERGUNAKAN DANA PENDEPOSIT TABUNG HAJI UNTUK BAILOUT???????





Dengan fakta dikemukakan diatas jemput untuk melihat, berfikir dan akhirnya menilai .. siapa yang sebenar-benarnya mempergunakan dana pendeposit Tabung Haji untuk melakukan kerja bailout????

Tahun 1998 Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) ketika itu ialah adik ipar Tun Mahathir sendiri iaitu Tan Sri Razali Mohd Ali yang suatu ketika dulu cukup kecuh riuh rendah gegak gempita seluruh negara bagaimana wang sebanyak RM504 juta digunakan untuk beli dua buah bangunan kepunyaan Maju Holdings dipunyai oleh individu yang dikaitkan cukup rapat dengan Tun Mahathir. Dengar ceritanya Tabung Haji kerugian hampir RM236 juta .. suatu jumlah yang bukan sedikit ketika itu dan juga sekarang.

Kisah ini pernah dijaja seluruh negara oleh para pemimpin pembangkang dalam sesi ceramah mereka tetapi tidak diambiul peduli langsung oleh rakyat sebab tiadanya media sosial ketika itu .. kisah ini pernah dijadikan bahan untuk ledakkan gelombang reformasi '98.

Bandingkan dengan apa yang terjadi dengan transaksi kontroversi antara Tabung Haji dengan pembelian sebidang tanah kepunyaan 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) yang dikhabarkan tiada kerugian malahan TH mendapat untung RM6.5 juta.

Kalau dilihat sekali lalu memang jelas siapa yang mempergunakan dana TH untuk bailout.

No comments:

Post a Comment