Tuesday, 12 May 2015

SASARAN MALAYSIA JULANG PIALA DUNIA SUDAH NAMPAK CAHAYANYA APABILA RANKING BOLASEPAK NEGARA TERUS MERUDUM KE-TANGGA 166 DALAM DUNIA.







Sembang kencang sampai gunung Kinabalu boleh tumbang betapa Malaysia mampu julang Piala Dunia akhir terjawab apabila ranking bolasepak negara terus merudum.

Bila bercakap benar agar Kementerian Belia Dan Sukan berpijak dibumi yang nyata dan terima realiti nanti dilempar dengan tuduhan tidak patriotik dan sayangkan negara dengan slogan Malaysia Boleh.

Kepada KJ selaku menteri diucapkan sejuta kalung tahniah kerana bijak bacaan meramal kemana arah tuju pasukan bolasepak negara kita .. seorang pemimpin yang memiliki keyakinan yang cukup tinggi melebihi langit ketujuh.

Ranking bola sepak negara jatuh dua anak tangga pada kedudukan 166 dunia dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi bulan April-Mei 2015.

Ini menjadikan kedudukan Malaysia setaraf dengan pasukan seperti Guyana (163), Bhutan (163), Dominica (165), Puerto Rico (167) dan Yemen (168).

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh berada pada ranking 154 pada Januari sebelum turun kepada ranking ke-164 pada April setelah kalah 0-6 kepada Oman dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Pasukan seperti Suriname melonjak 14 anak tangga kepada kedudukan 155 dan Dominica naik 12 anak tangga ke kedudukan 165.

Sementara itu Jerman selaku Juara Piala Dunia 2014 kekal di tangga teratas sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina(1,494 mata) dan Belgium di tempat ketiga dengan 1,457 mata.

Ranking FIFA meliputi 209 negara.

No comments:

Post a Comment