Tuesday, 12 May 2015

POLIS REKOD PERCAKAPAN LIM KIT SIANG DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 BERHUBUNG KENYATAANNYA TAHUN LALU MENGENAI KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK.





Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menerima kunjungan pihak polis
sekali lagi hari ini untuk diambil keterangan lanjut berikutan
kenyataannya berhubungkematian mendiang Teoh Beng Hock tahun lalu.




Siasatan polis terhadap Kit Siang dibuat di bawah Akta Hasutan 1948,
kali ini berkenaan penerbitan kenyataan terbabit pada Julai 2015 oleh
portal rasmi DAP, Roketkini.




Gobind Singh Deo, peguam Kit Siang berkata, Peguam Negara perlu
menghentikan siasatan kerana hal dibangkitkan Ahli Parlimen Gelang Patah
itu telah diputuskan Mahkamah Rayuan September tahun lalu.




Seminggu selepas tulisan bertajuk ‘Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock’
disiarkan sempena ulangtahun kelima kematian Beng Hock tahun lalu,
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kenyataan itu akan
disiasat.




Khalid mendakwa Kit Siang cuba mempengaruhi fikiran rakyat untuk
percaya bahawa Beng Hock telah dibunuh apabila mempersoalkan pihak yang
terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap.




“Mahkamah Rayuan dalam keputusannya telah menolak dapatan inkues
Mahkamah Koroner di Shah Alam, dan mendapati bahawa kematian Beng Hock
diakibatkan oleh pihak-pihak yang tidak diketahui.




“Siasatan masih tertangguh, Peguam Negara belum putuskan untuk mendakwa sesiapa,” ujar Ahli Parlimen Puchong itu.




Gobund turut menegaskan DAP akan membantah sebarang siasatan dan penggunaan Akta Hasutan terhadap sesiapa pun.




“Polis sepatutnya memberitahu kita hasil siasatan mereka terhadap
kebimbangan dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan asas untuk
siasatan dibuka semula.




“Sudah berbulan-bulan berlalu sejak keputusan mahkamah dan kita tidak
melihat sesiapa didakwa ekoran kematian mendiang,” tegas Ketua Biro
Undang-undang DAP itu lagi.




Menurutnya, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha mencari keadilan,
bukannya mencari alasan dengan bertindak terhadap mereka yang menggesa
tindakan diambil dalam kes kematian Teoh Beng Hock.




“Saya tidak pasti siapa akan disiasat seterusnya. Buat masa ini
mereka sedang menumpukan kepada siasatan terhadap saudara Kit Siang,”
ujarnya mengulas skop siasatan ke atas pembuat kenyataan, serta penerbit
kenyataan yang didakwa menghasut di bawah akta tersebut.




Mahkamah Rayuan pada 2014 sebulat suara memutuskan kematian Teoh Beng
Hock pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam setelah semalaman
disiasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor
disebabkan pihak yang tidak diketahui, termasuk pegawai-pegawai
penyiasat SPRM.




Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara tersebut
turut membayangkan kematian Beng Hock berpunca daripada pegawai SPRM. –
Roketkini.com

No comments:

Post a Comment