Monday, 18 May 2015
PANGGIL KETUA POLIS NEGARA "BARUA UMNO" ... POLIS PULAU PINANG AKAN RAKAM KENYATAAN AZMIN TIDAK LAMA LAGI BAGI MELENGKAPKAN SIASATAN.
Polis telah merakam percakapan dari 15 orang bagi membantu siasatan suatu kenyataan yang didakwa menghina yang diucapkan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin Ali terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini..
Ketua Polis Pulau Pinang SDCP Dato' Abdul Rahim Hanafi berkata, polis tidak lama lagi akan merekodkan kenyataan daripada Azmin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat.
"Siasatan masih berjalan dan kenyataan Azmin akan direkodkan tidak lama lagi," kata Rahim. "Setakat ini, kami telah mengambil keterangan daripada 15 individu untuk membantu dalam kes ini."
"Kami menjangka untuk melengkapkan siasatan tidak lama lagi."
Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Semasa kempen pilihan raya kecil, Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai "bacul", "pencacai" dan dilaporkan ditanya sama ada beliau "barua UMNO" semasa berucap pada salah satu perhimpunan di PRK Permatang Pauh.
Azmin sebelum ini telah diberikan tempoh selama seminggu untuk memohon maaf kepada Khalid tetapi dia enggan atas alasan beliau hanya bertanyakan soalan dan bukan buat tuduhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment