Tuesday, 12 May 2015

NIAT MURNI LAGI IKHLAS PERTAHANKAN TRANSAKSI PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI AFDLIN SHAUKI KENA BELASAH KAW-KAW DARI PEMINATNYA.


























Tujuan murni lagi ikhlas selebriti Afdlin Shauki mempertahankan pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB mendapat kecaman hebat dari para peminatnya.




Perkongsian dari group jemaah haji saya dari seorang jemaah.


To all hajjah2.haha ceria pagi ni.

Dergar k lagunya.rahimah rahim tu.peminat kak ida masa kecil hingga kini.haha


JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI,BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK
SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH




Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji
membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk
menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang
bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang
bernilai RM 577 juta.



Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.




Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh
Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi
dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara
TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan,
beli bangunan dan jual bangunan.

Pernahkah anda dengar
pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda
dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?




THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya
membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan
harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian
dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi
sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira
adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.



Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?




Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada
peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang
harus diambil.



Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga
Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat
untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara
berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang
lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan.

Salahkah jika sebuah
agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?



Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah
melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan
berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai
bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk
pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j),
dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j
dalam masa 3 tahun.



Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.




Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin
meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM
9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan
haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi
sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang
perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil
kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya.
Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.




Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif
mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap
tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk
iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta
membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.



Jika
tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat
untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan
haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?



Jika
THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu
peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk
anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan
syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana
wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.



Ada dakwaan yang
mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah
dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan,
dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak
boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal
kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan
kita maka kita boleh beli.



Bagaimana pula dengan anak orang
kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak
dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal
ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum
membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan
infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.




Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak
menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset
dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan
dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.



Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Mohon sebarkan
Ini pula yg tel atwah ni terima dari hal ehwal.

Sebab Afdlin Shauki mohon bantuan sebarkan pandangan beliau maka Omak Kau pun sahutlah seruan tersebut demi meraikan dan hormati perbezaan pendapat dan kepelbagaian.


No comments:

Post a Comment