Monday, 18 May 2015

MAHATHIR SUDAH KANTOI!!!! ... PANDIKAR AMIN MULIA NAFIKAN BELIAU LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT.









Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, lewat petang Sabtu mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin kononnya beliau telah meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.



Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan di ibu negara susulan laporan di media sosial yang mendakwa memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mendedahkan beliau sudah meletak jawatan dan tugas selaku Speaker Dewan Rakyat akan diambil alih timbalannya.



“Adalah dimaklumkan bahawa saya tidak ada meletakkan jawatan sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat seperti mana yang disebut mana-mana pihak.



“Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke 13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015.



“Saya akan mempengerusikan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baru dari Parlimen Kawasan Rompin dan Kawasan Permatang Pauh serta urusan-urusan mesyuarat yang lain yang akan ditetapkan pada 18 Mei 2015,” kata Pandikar Amin dalam kenyataan berkenaan, Sabtu.



Di samping itu, kata Pandikar Amin, beliau juga akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di bawah Peraturan 27(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei ini.



Terdahulu, pada sebelah tengahari Sabtu, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir mendakwa Speaker Dewan Rakyat sudah berhenti, dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak.

No comments:

Post a Comment