Tuesday, 12 May 2015

AZEEZ RAHIM DAH KANTOI ... MUFTI PERLIS SAHKAN TIADA SEBARANG MESYUARAT OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BINCANG ISU TRANSAKSI PEMBELIAN TANAH ANTARA TABUNG HAJI DENGAN 1MDB











Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahkan transaksi pembelian tanah daripada 1MDB mengikut syraiah telah disanggah oleh Mufti Perlis Dr MAZA, sebagai salah seorang dari Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1hb Februari 2015 tidak pernah hadir maupun adanya mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan membincang mengenai pelaburan 1MDB.

Jelas Azee Rahim sudah terlajak dan kantoi dalam isu ini.

Sepatutnya yang mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini ialah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang juga duduk dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji .. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berkata apa-apa dia pula yang berlebih-lebih. Nanti bila dah kantoi beri alasan silap komunikasi.

Berikut ialah kenyataan terbuka Mufti Perlis DR MAZA dilaman sosial FBnya mengenai isu ini:-


"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa
Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah
hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang
pelaburan 1MDB. Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak
yang email saya tentang hal ini."

No comments:

Post a Comment