Tuesday, 12 May 2015
ANALISIS PANTAS PRK PERMATANG PAUH ... KEMENANGAN KAK WAN ANWAR KEKAL SEBAGAI DE FACTO KETUA PEMBANGKANG.
Kemenangan Presiden Parti KeADILan Rakyat , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail@ Kak Wan di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil semalam akan memastikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai de facto Ketua Pembangkang Parlimen.
Apabila timbul cakap-cakap mengenai siapa yang akan bertanding kerusi parlimen itu, ia pada mulanya, spekulasinya ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha akan dinamakan sebagai calon KeADILan.
Ini dikatakan tidak diterima baik oleh DAP, yang mengingatkan bahawa jika orang lain selain Wan Azizah bertanding kerusi itu, ia akan menuntut jawatan ketua pembangkang di Parlimen.
DAP berkata ia akan mencalonkan pemimpin veterannya Lim Kit Siang untuk jawatan itu, kerana parti itu memiliki jumlah kerusi paling banyak di blok Pakatan Rakyat.
Pemimpin veteran DAP itu pernah memegang jawatan tersebut tetapi ia sebelum pilihan raya umum 2008 mengubah landskap politik negara. Bagaimanapun, mengikut risikan DAP bersedia untuk mengalah jika Kak Wan kembali ke Parlimen dan memegang jawatan itu.
Dinamik dan realiti politik di Malaysia ialah ketua pembangkang bukan Melayu tidak akan mampu untuk meyakinkan pengundi Melayu sekiranya beliau menerajui kerajaan yang baru.
Ini kerana sentiasa ada kebimbangan bahawa tanpa UMNO, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam akan menipis jika tidak pun terhakis.
Sentimen sedemikian akan menggagalkan percubaan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
DAP juga menyedarinya dan ia tahu PAS, yang sering berbalah dengannya, boleh juga menuntut jawatan itu.
Dengan sejarah dan alasan berikut, pendirian DAP mungkin lebih bertujuan untuk menyekat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada menjadi Ketua Pembangkang, sekiranya calon baru seperti Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.
Jika TGHA mensasarkan jawatan itu, maka ia akan terus menghakis lagi situasi dalam Pakatan Rakyat, yang sudah bergoncang ekoran usaha presiden PAS itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
DAP telah pun memutuskan hubungan dengan TGHA, yang didakwanya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayainya.
Oleh itu, dengan memberi sokongan kepada Kak Wan, DAP berharap akan dapat menangani senario.tersebut.
Kini hasrat dan niat pertama kelangkah itu sudah tercapai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment